Monday, April 27, 2009

Perkembangan Projek Fertigasi - Terkini

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman terkini gambaran perkembangan projek fertigasi - timun susu... memasang plastik silver shine, menyusun batu bata, penyambungan alat penitis dgn mikro tiub dan niple. Turut kelihatan Tn Hj Ismail Mamat, Pengerusi PPK Tanjung Puri yang datang melawat bersama En. Nik selaku Pengurus Besar.

Thursday, April 23, 2009

Perkembangan Projek Fertigasi

Assalamualaikum wr wb

Gambar gambar berikut sekaligus memberikan gambaran tentang perkembangan terkini projek tanaman secara fertigasi... pemasangan sistem tangki dan kolam takungan air, pemasangan hamparan plastik dan muat turun sabut kelapa @ coco peat.

Thursday, April 16, 2009

Infrastruktur Sistem Tanaman Secara Fertigasi

Assalamualaikum wr wb

Setiap tapak projek mempunyai keunikan tersendiri. Keunikan ini menuntut teknik mereka-letak alatan fertigasi yang tepat demi meraih fungsi yang sepatutnya secara maksima.

Beberapa kejadian di ladang kawan kawan yang menanam ketola, timun dan peria yang rebah struktur tiang - jaringnya, telah menjadi iktibar yang paling berharga kepada kami.

Hasil perbincangan dengan beberapa orang yang berpengalaman dgn sistem tanaman secara fertigasi, beberapa penambah-baikan telah kami lakukan di peringkat awal ini.

Berikut beberapa rakaman terkini aktiviti penyediaan sistem fertigasi di belakang rumah.

Wednesday, April 8, 2009

Tiang Pagar dan Tiang Timun

Assalamualaikum wr wb

Kebun fertigasi perlu dipagar utk mencegah lembu lembu masuk dan memusnahkan tanaman.

Tanaman timun khususnya memerlukan tiang tiang utk membolehkan pemasangan jaring timun sekaligus untuk menyokong jaring tersebut menampung berat pokok dan buah timun nanti.

Lebih kurang 500 batang tiang diperlukan. Tiang pagar setinggi 5 - 6 kaki, ditanam 1 ke 2 kaki. Tiang timun setinggi 8.5 kaki dan ditanam 2 kaki, menjadi 6.5 kaki dari atas permukaan tanah.

Kayu yang digunakan adalah dari jenis pokok gelam dan siap dibuang kulitnya untuk memperpanjang jangka hayat kepenggunaannya.

Tiang timun ditanam dgn konkrit simen.

Semasa melakukan kerja kerja pemasangan tiang ini, pihak LPP Pulai Chondong telah melawat dan mengambil input input informasi yang tertentu. Harapnya pihak LPP boleh menurunkan bantuan untuk projek ini.

Berikut ialah gambaran suasana berkenaan.





Selepas siap kerja kerja pemasangan tiang timun ini, hamparan plastik akan dipasang pula. Kemudiannya acara menyusun batu bata disusuli pemasangan sistem pengairan.